Tuesday, February 8, 2011

Latar Belakang Syarikat Kami

Firma ECPI mula beroperasi pada tahun 2002, dengan menggunakan modal permulaan sebanyak RM500,000 ke atas.    Pada mulanya firma ini diberi nama “ THE BLESS ONE ” yang diterajui oleh dua orang pengasas iaitu EN. ZAHARI BIN SAAD dan PROFFESSOR AMIR HAMZAH.  Pada tahun 2002, firma ini terletak dijalan Pekeliling.  Firma beroperasi salama tiga tahun disana.  Kemudian, di atas perbincangan dan persetujuan yang dibuat oleh pengarah dan peneraju utama, firma dipindahkan ke Desa Melawati yang terletak dikawasan lot – lot kedai dua tingkat dan berwana hijau. 

 Kawasan yang dipilih sangat strategik kerana berhampiran dengan kawasan perumahan.  Selain dari pertukaran tempat beroperasi, pengarah juga turut menukar nama firma kepada “ GESUNDHEIT ” perkataan ini diambil daripada bahasa Jerman yang membawa maksud “ Salam Sejahtera ” sebagai tanda ucapan “ Selamat Datang ” kepada pelanggan.   tetapi firma ini lebih dikenali dengan nama ECPI, kerana produk yang sering dibeli dan dipesan oleh pelanggan adalah Air ECPI.

Jabatan yang terlibat dalam firma ECPI ini adalah bahagian Pentadbiran, Pemasaran, Bahagian Akaun, Kaunter Jualan,” Electronik Data Processing” iaitu bahagian memproses data, dan akhir sekali Bahagian Setor.  Firma ECPI sangat mementingkan keselamatan dan kemudahan yang ada, dengan ini pihak Firma mengambil langkah keselamatan dengan memasang CCTV di bahagian kuanter belian, bahagian pengurusan dan  setor. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan Firma terjamin dan dapat mengelakkan kes kecurian berlaku.




 Firma mempunyai sebuah kilang yang beroperasi di Semabok Melaka.  Semua produk – produk keluaran ECPI akan dihasilkan di Melaka.  Penjualan dan perniagaan langsung yang dijalankan oleh firma sangat memberangsangkan.  Ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan produk kesihatan daripada firma.  Produk – produk yang dihasilkan oleh firma ini adalah berteraskan  tentang minuman, kecantikan serta kesihatan.

Antara produk – produk yang dikeluarkan oleh Firma ECPI ialah, AIR ECPI, IQ MAX, BEUTY HEALTHY, ANGGUN JELITA,ECPI ANNGUN, HOLISTIC BATH,dan ECPI GTH.  Semua produk – produk keluaran ECPI ini adalah produk yang ternyata keberkesanannya dan selalu mendapat pujian daripada pelanggan. Selain itu Firma juga menyediakan pendidikan seperti, Kursus atau Seminar, Diploma, Ijazah dan PHD. Perkhidmatan juga turut disediakan antaranya adalah Hospital, Rangkaian Klinik, Kemasyarakatan dan Sistem Online.

Setiap pelanggan yang ingin menyertai dan menjadi ahli ECPI haruslah mengikuti dan mematuhi syarat -  syarat keahlian. Iaitu :
·         Berumur 18 tahun keatas.
·         Yuran pendaftaran ahli RM50 ( Semenanjung ), RM55 ( Sabah dan Sarawak ). Keahlian seumur hidup.
·         Ahli tidak boleh mengaku atau  memperkenalkan diri sebagai wakil atau kakitangan syarikat.
·         Pihak syarikat berhak membatalkan seorang pengedar yang melanggar perkara berikut.:
v  Syarat dan peraturan serta kod etika yang ditetapkan.
v  Undang – undang Akta jualan langsung, Jun 1993.
v   Pihak syarikat berhak menolak Sesuatu keahlian tanpa memberi sebarang notis atau alasan.
v  Pembatalan keahlian juga boleh dilakukan di atas permintaan pengedar sendiri dengan mengemukakan permohonan bertulis.




Firma ECPI juga mempunyai beberapa cawangan yang terletak diseluruh pelusuk negeri, malah ia juga telah melepasi pasaran Brunei dan Indonesia.  Firma ini menjalakan aktiviti jualan langsung yang mana ia dapat memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menjadi usahawan ECPI yang berjaya.  Firma ECPI pada hari ini telah banyak melahirkan usahawan – usahawan yang berjaya sehingga kini mereka bergelar jutawan.

Firma Ecpi ini mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan Sesutu tugasan yang diberi, tanpa ada jurang perbezaan antara pelanggan dan perkerja. Mereka juga saling tegur – menegur jika terdapat kesilapan dalam perlaksanaan tersebut, jika ada sebarang ketidakpuasan hati pihak Firma akan mengadakan mesyuarat dan berbincang mengenai permasalahan yang berlaku, untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dari semua pihak 

2 comments: